Like Blog Ini?

Followers

Sunday, August 7, 2011

Khasiat Disebalik Sebiji Kurma

Reactions: 











Kurma adalah buah yang tumbuh dari pohon palem keluarga Arecaceae daripada kumpulan genus phoenix. Nama ilmiah kurma adalah dactylifera phoenix. Kurma diyakini berasal dari tanah di sekitar tepi sungai Nil dan Efrat. Sekarang pohon kurma ditanam secara meluas di wilayah beriklim panas di semua benua.

Kurma segar memiliki isi berserat lembut dan rasanya sangat manis, seperti campuran sirup gula dan madu. Ia berisi gula sederhana seperti fruktosa dan dekstrosa yang mudah dicerna dan cepat untuk memberi energi pada tubuh. Karena sifat tersebutlah, kurma sangat sesuai untuk dimakan.

KANDUNGAN NUTRISI KURMA

Kurma memiliki kandungan nutrisi yang bermanfaat bagi tubuh. Kurma matang mengandungi gula sekitar 80%, sisanya terdiri dari protein, lemak dan produk mineral termasuk tembaga, besi, magnesium dan folat. Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik. Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandungi sekitar 115 kalori, hampir semuanya dari karbohidrat.

Tuesday, August 2, 2011

Manisnya Kurma Ini

Reactions: 
Setiap kali datangnya bulan Ramadhan maka setiap orang Muslim pasti akan merasakan betapa nikmatnya beribadah di bulan ini. Terlebih lagi apabila datang waktu-waktu menjelang berbuka puasa. Maka, bertambahlah kenikmatan itu tatkala sebutir kurma dan seteguk air melewati kerongkong yang seharian naik turun karena menahan haus dan lapar.

Banyak pilihan yang ada. Picture kat bawah nie semuanya kurma keluaran Yusuf Taiyoob... Yang mana pilihan anda sekeluarga?

Kurma Wasem

Kurma Bertangkai Amina

Kurma Bertangkai Nadine

Kurma Madu Yuta

Kurma Bertangkai Safiya

Kurma Safina

Walau apapun pilihan anda, kita perlu tahu bahawa buah kurma adalah buah yang berkah dan mempunyai banyak khasiat. Percaya atau tidak?

Sabda Rasulullah

إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ بِالتَّمْرِ فَإْنَّهُ بَرَكَةٌ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرًا فَالْمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُوْرٌ

Dari Salman ibn ‘Aamir: Sesungguhnya Rasulullah bersabda, “Jika salah seorang diantara kalian akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci. (Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Ermmm... post nie belum habis tau.. kita sambung dengan entri berikutnya tentang khasiat buah kurma dari sudut kajian sains kesihatan dan al-Quran pulak la ea...

Tunggu tau...

Berbelanja Di Bazar Ramadhan

Reactions: 
gerai jual nasi ayam bungkus... 1 bungkus = RM3

gerai kuih... semua ada... karipap, seri muka, popia dll

kuah gulai , masak lemak cili padi, sup ayam, dll .... sedapnya

ayam percik yang sedang dibakar

nie pulak, ayam percik... terasa kuahnya yang pedas + manis

wing ayam yang sedap... macam makan petang-petang di tepi pantai Queensbay

kuih peneram yang baru diroreng... panas lagi

Banyaknya juadah untuk berbuka puasa. Saya bukan beli semua pun.
.
.
.
.
ingat... jangan membazir sudah. membazir 2 amalan syaitan.... walau apa pun, pemilihan makanan tu penting... jangan makan makanan yang banyak kolesterol, kurangkan manis tau.... kesihatan tu penting
.
.
.
renung-renungkan dan selamat beramal


Monday, August 1, 2011

Apa Itu Solat Tarawih

Reactions: 

Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat Tarawih empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?” Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Qiyamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan / solat Tarawih dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sejarah Solat Tarawih

Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah di Masjid Nabawi. Rasulullah mengerjakan solat Tarawih ini di masjid lalu para sahabat mengikutnya mengerjakan solat. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah. Esoknya Rasulullah bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.” Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.

Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya: "Rasulullah telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah bersolat dengan kami. Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."

Tarawih Zaman Umar Al-Khattab


Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat Tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab. Setibanya di masjid, beliau dapati ramai orang yang berkelompok-kelompok membuat jamaah-jamah mengerjakan solat ini. Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat kepada amalan yang tiada keseragaman itu, Khalifah Umar berkata: “Aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya.” Seterusnya beliau menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka’ab.

Pada malam berikutnya mereka mengerjakan solat Tarawih dengan seorang imam. Khalifah Umar berkata: “Ini termasuk bid’ah yang baik, tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.” Maksud Khalifah Umar, orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.

Bid’ah yang dimaksudkan oleh Khalifah Umar ialah bahawa solat Tarawih itu hendaklah dikerjakan secara berjamaah dengan pimpinan seorang imam yang baik bacaannya. Khalifah Umar sebenarnya hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh Rasulullah pada ketika mula-mula solat Tarawih itu disyari’atkan. Baginda terpaksa memberhentikan cara yang demikian pada malam yang ketiga, kerana takut ibadat solat Tarawih itu diwajibkan kepada umatnya.

Amalan Solat Sunat Tarawih

Di samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan yang diberkati Allah itu. Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat Solat Sunat Tarawih dan seterusnya solat-solat Qiamullail, membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Allah mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “Lailatul-Qadr” pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang tersebut di dalam Al-Quran, surah Al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1,000 bulan bersamaan 83 tahun.

Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Solat Tarawih


Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar, berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.

Berjemaah Lebih Afdhal

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah, solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian atupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

Rasulullah mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi secara berjemaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggaap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjamaah bersama Rasulullah tetapi baginda tidak hadir kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat itu sebagai wajib bukan kerana tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad bukan fardhu. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Reactions: 
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN
SELAMAT BERPUASA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...